
ππππ ππππππππππ πππππ ππππ πππππππ πππππ- ππ ππππππππ
SABAK BERNAM, 23 FEBRUARI 2026- Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Politeknik kini bukan lagi laluan alternatif, sebaliknya menjadi pilihan utama dalam membina masa depan anak muda. Penegasan itu disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Amirudin Shari , Dato' Menteri Besar Selangor ketika hadir ke Program Yok Moreh bersama warga Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) malam tadi yang bertempat di Kafeteria Kolej Kediaman, PSIS.
Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa kekuatan Selangor terletak pada sumber daya manusia, justeru Kerajaan Negeri giat menjalin kerjasama dengan pelbagai institusi dan industri bagi memastikan graduan memperoleh pekerjaan.
βMahasiswa politeknik tidak wajar dilihat sebagai pilihan kelas kedua, sebaliknya perlu yakin dengan peranan besarnya dalam memperkukuh TVET,β tegas beliau di hadapan lebih 2,400 pelajar yang hadir memeriahkan program tersebut.
Beliau turut memuji peranan PSIS sebagai institusi TVET yang konsisten melahirkan graduan berkualiti dan memenuhi keperluan pasaran kerja, khususnya dalam bidang teknikal dan kemahiran tinggi. Dengan majoriti pelajarnya terdiri daripada anak Selangor, PSIS terus memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan negeri.
Sementara itu, Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid dalam ucapannya berkata, PSIS komited dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang bukan sahaja memenuhi kehendak industri, malah mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan Negeri Selangor dan negara secara keseluruhannya.
βPSIS akan terus memperkukuh agenda TVET selaras dengan aspirasi negeri dan negara. Kami amat menghargai sokongan serta dokongan Kerajaan Negeri dalam memperkasa agenda pendidikan, kebajikan pelajar dan pembangunan modal insan,β jelas beliau.
Hadir sama, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna merangkap Adun Sungai Air Tawar, Yang Berhormat Datuk Haji Rizam bin Haji Ismail, Pengarah Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar (BAPP), Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK),Tuan Haji Azirin bin Abdul Aziz, Pegawai Daerah Sabak Bernam,Tuan Ali Sadikin bin Sadin, YDH Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Sabak Bernam,Dr. Haji Paridul Adras bin Ismail, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, Puan Haslinda Abd Hamid dan Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam, Tuan Awaluddin bin Zakaria, Pengarah-Pengarah POLYCC Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan,Ketua-Ketua Jabatan Agensi Daerah Sabak Bernam,wakil Yayasan Negeri Selangor, serta Penghulu-penghulu kampung.
Dalam majlis tersebut, YAB Datoβ Seri turut menyempurnakan penyampaian 10 bakul Sumbangan Semarak Ramadan PSIS kepada pelajar asnaf sempena bulan Ramadan.
Program yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh kebersamaan itu turut menghimpunkan wakil pelajar daripada Kolej Komuniti Sabak Bernam dan Yayasan Selangor. Kehadiran YAB Dato' Menteri Besar Selangor bukan sahaja menyuntik semangat kepada warga kampus, malah membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkasa agenda TVET.
THE GREAT PSIS!!!
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis