
𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔
Sabak, 16 Februari 2026- Latihan Kemahiran Peta dan Pandu Arah Siri 1/2026 ini dilaksanakan berlandaskan kursus MPU24111 (Askar Wataniah 1) dan MPU24221 (Askar Wataniah 2) yang merangkumi silibus Asas Ketenteraan dari aspek pengetahuan, kemahiran serta pembentukan sikap ketenteraan. Seramai 115 orang pelajar Askar Wataniah PSIS dari semester 1 dan 2 mengikuti latihan ini. Latihan ini di terajui oleh Sjn. Shahrul Azreen, Kpl. Muhamad Zarif serta pembantu jurulatih dari Batilion 3 Rej 502 AW.
Sepanjang latihan, peserta telah didedahkan kepada pengenalan peta topografi, simbol dan petunjuk peta, sistem grid rujukan, kaedah menentukan bearing, serta penggunaan kompas dengan betul. Penekanan turut diberikan kepada teknik merancang laluan pergerakan dan kaedah menentukan kedudukan semasa di lapangan. Latihan amali telah dilaksanakan di kawasan sekitar kem dengan penetapan beberapa checkpoint berdasarkan koordinat yang diberikan. Pelajar bergerak secara berkumpulan bagi menguji ketepatan bacaan bearing, kemahiran membaca peta, komunikasi serta semangat kerjasama berpasukan. Aspek keselamatan dan disiplin sentiasa dititikberatkan sepanjang pelaksanaan latihan.
Secara keseluruhannya, latihan telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Tahap penguasaan pelajar adalah memuaskan dan menunjukkan peningkatan dari segi keyakinan serta kefahaman dalam kemahiran peta dan pandu arah. Latihan ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi tahap kesiapsiagaan serta kompetensi pelajar Kokurikulum Askar Wataniah 1 & 2 pada masa akan datang.
Pada akhir latihan, pelajar akan dinilai berdasarkan rubrik penilaian yang telah ditetapkan bagi memastikan pencapaian hasil pembelajaran kursus tercapai. Secara keseluruhannya, latihan ini diharapkan dapat memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan, kompetensi dan jati diri pelajar Kokurikulum Askar Wataniah 1 & 2 sebagai persediaan ke arah pembentukan anggota yang berdisiplin dan berdaya saing.
Turut serta bersama di sepanjang latihan, Pn.Aziah binti Thalaha selaku Penyelaras Askar Wataniah PSIS dan Ketua Kursus Kokurikulum Berkredit. Terima kasih semua. Semangat sepasukan yang ditunjukkan memang luar biasa. Ketawa bersama, belajar bersama, cabaran pun kita hadapi bersama. Itulah makna sebenar pasukan. Semoga ukhwah ini terus kekal dan kita terus melangkah sebagai satu pasukan yang kuat, padu dan saling menyokong.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis