𝐋𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐆 π‹π„ππ†π†πŽπŠ π‘π„ππ“π€πŠ 𝐃𝐄𝐒𝐀 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ π‰πππŠπŠ
SABAK BERNAM, 14 Februari 2026– Program Briswalk β€œLenggang Lenggok Rentak Desa” anjuran PUSPANITA Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah berlangsung dengan meriah di Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) hari ini.
Program yang berkonsepkan santai dan bertemakan warisan desa itu melibatkan penyertaan warga Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Briswalk sejauh 2.7 kilometer mengelilingi kawasan kampus KKSB menampilkan keunikan tersendiri dengan satu checkpoint yang menyediakan kuih-muih tradisional serta aktiviti santai berkonsepkan permainan rakyat seperti bowling kelapa.
Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr. Anesee Ibrahim. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK), Dr. Shamsuri Abdullah bersama isteri, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, Puan Haslinda Abd Hamid ,Pengarah Kolej Komuniti Sabak Bernam, Encik Ahmad Arman Nor Anuar dan Pengarah-Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Komuniti setempat.
Dalam majlis yang sama, telah berlangsung sesi penyerahan Nota Kerjasama antara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis