𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐒𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐒
Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan dan Lawatan Tapak bagi Projek JPPKK – Menaik Taraf Sistem Sanitari di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).
Lawatan tapak ini bertujuan menyelaras keperluan teknikal di antara pihak-pihak berkepentingan agar pelaksanaan projek dapat berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan.
Lawatan dan mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada JKR Malaysia, JKR Daerah Sabak Bernam serta Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Senarai kehadiran adalah seperti berikut:
JKR Malaysia
Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan
Ir. Nik Nazlina binti Nik Mat Ramli
Ir. Hasrul Fadly
Cawangan Kejuruteraan Geoteknik
Nurul Eilmy binti Zainuddin
Muhammad Azim bin Abd Khadid
JKR Daerah Sabak Bernam
Ir. Shahrizam bin Mat Salleh
Iliya Yuaini binti Iram
En. Norshahrizal bin Sahlan
Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
En. Niyewwan bin Amar Izwan Chong
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid. Hadir sama, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Mohamad Azrin Ramli, Ketua Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan, Ir. Ts. Muhammad Syazwi Shafie serta pegawai-pegawai Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis