
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔
Pilihan Raya Kampus Politeknik Sultan Idris Shah telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan teratur dengan penyertaan seramai 54 orang pelajar sebagai calon yang bertanding bagi merebut jawatan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).
Dalam pilihan raya ini, Jabatan Kejuruteraan Awam PSIS merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi dan telah menerima cenderahati yang disampaikan oleh Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid.Sementara itu, keputusan rasmi pilihan raya telah diumumkan oleh Encik Mohd Fakhrurrazi bin Awang @ Ghazali, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PSIS.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada seluruh warga PSIS atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan PRK PSIS 2026.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis