
𝟗𝟓.𝟗𝟎 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐍𝐃𝐈
Sabak, 04 Februari 2026 – Seramai 95.90 peratus pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam proses pengundian Pilihan Raya Kampus (PRK) PSIS, yang berlangsung dengan lancar dan teratur.
Proses pengundian tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar dan berjaya dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan. Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid serta Timbalan Pengarah Akademik, Tuan Haji Zainuddin Kasmuri turut hadir bagi meninjau dan memantau proses pengundian.
Pihak Pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pelajar yang telah turun mengundi serta menjayakan proses pengundian tersebut.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis