
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐄𝐑 𝐌𝐄𝐑𝐋𝐈𝐌𝐀𝐔
Merlimau, 30 Januari 2026- Satu lawatan kerja telah diadakan ke Politeknik Premier Merlimau yang melibatkan delegasi dari Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan telah diketuai oleh Puan Haslinda Abd Hamid, Pengarah PSIS.Delegasi PSIS telah disambut mesra oleh Pengarah Politeknik Premier Merlimau, Lt. Kol. Norizam Sekak, bersama barisan pengurusan institusi.
Lawatan ini memberi tumpuan kepada sesi perkongsian melibatkan beberapa aspek utama, antaranya pengurusan akaun amanah, hal ehwal pelajar, Unit Khidmat Pengurusan, pengurusan sumber manusia, Pengurusan COT dan Smart Green, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, serta amalan terbaik pengurusan institusi di Politeknik Premier Merlimau.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Politeknik Premier Merlimau atas kesudian menerima kunjungan delegasi PSIS serta perkongsian ilmu dan pengalaman yang amat bermakna.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis