𝐂𝐀𝐑𝐄𝐄𝐑 𝐓𝐀𝐋𝐊 𝐏𝐎𝐃𝐂𝐀𝐒𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌟 𝐅𝐑𝐎𝐌 𝐂𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐓𝐎 𝐂𝐀𝐑𝐄𝐄𝐑: 𝐕𝐎𝐈𝐂𝐄𝐒 𝐎𝐅 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋𝐋𝐄𝐍𝐂𝐄
Julung kalinya CISEC PSIS telah menganjurkan siri podcast kerjaya yang mengetengahkan topik inisiatif kebolehpasaran graduan, alumni dan hubungan industri. . Podcast ini diwujudkan sebagai platform untuk membawa suara industri, alumni dan pihak pengurusan terus kepada pelajar PSIS supaya mereka boleh menyelusuri dan memahami realiti dunia kerja, cabarannya dan bukan sekadar teori di dalam kelas.
Bagi siri pertama penganjuran podcast ini, panel jemputan adalah Puan Haslinda Abd Hamid, Pengarah PSIS dan alumni dari Jabatan Kejuruteraan Awam ; Encik Ahmad ZulFadli Bin Zainuddin yang kini bertugas sebagai Penolong Jurutera (Awam) JA5 di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Selangor.
Hos : Puan Noorarizawaty Binti Aris ; Ketua CISEC
Fokus Perbincangan
• Pendedahan antarabangsa melalui program mobiliti pelajar
• Perjalanan kerjaya alumni
• Inisiatif kebolehpasaran graduan
Rakaman penuh podcast ini boleh ditonton di: https://www.youtube.com/c/politekniksultanidrisshah
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis