
ππππ πππππππππππ πππππππ ππππ ππππππππππππ πππππππ πππππππππ πππππππππππ ππ
πππππππππππππ ππππππππππ πππππππππππ
Delegasi Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang terdiri dari Pengarah PSIS; Pn. Haslinda Abd Hamid dan Ketua CISEC PSIS, hari ini telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Guangdong Polytechnic of Environmental Protection Engineering, China. Hadir bersama adalah wakil daripada ADTEC JTM Kampus Kuala Langat serta rakan kolaborasi PSIS dalam inisiatif pengantarabangsaan,International Cultural Communication Center Malaysia.
Lawatan ini telah dirangka sebagai usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang TVET, khususnya bidang Kejuruteraan Alam Sekitar. Guangdong Polytechnic of Environmental Protection Engineering memulakan acara dengan ucapan aluan oleh Secretary Chen Minggui, yang turut memperkenalkan latar belakang dan pencapaian institusi.
Kemuncak program ialah Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi (LoI) di antara kedua institusi dengan fokus βEnvironmental Engineering Technology Friendship Instituteβ, sebagai simbolik permulaan kerjasama dua hala yang merangkumi:
β’mobiliti pelajar dan pensyarah
β’latihan industri dan pertukaran kepakaran
β’penyelidikan dan inovasi bersama
β’pembangunan profesional dan aktiviti akademik
Delegasi turut dibawa meninjau makmal latihan serta fasiliti kampus yang menampilkan teknologi, perisian khusus dan simulasi terkini dalam bidang alam sekitar, rawatan air, serta aplikasi teknologi dron bagi tujuan pemantauan, data analitik dan pengurusan bersepadu.Β
Kerjasama ini dijangka membuka lebih banyak aktiviti mobiliti, latihan industri dan pembangunan TVET antarabangsa kepada warga PSIS, selaras dengan aspirasi pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara.
THE GREAT PSIS!!!
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis