
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐈𝐂 𝐒𝐓𝐔𝐃𝐄𝐍𝐓𝐒 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟓
KUALA LUMPUR, 02 OKTOBER 2025 - Majlis Penutupan Polytechnic Students Trading Challenge (PolySTraC 2025) anjuran Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dengan kerjasama Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (BK JPPKK) serta Asri Ahmad Academy telah berlangsung dengan jayanya di Bursa Malaysia.
Pada sebelah pagi, turut diadakan sesi pitching oleh para finalis yang dinilai oleh panel juri, antaranya Datuk Haji Mohd Asri Ahmad, Pengarah Urusan Asri Ahmad Academy & Mentor Pelaburan Saham Syariah, Encik Jamaluddin Bin Ismail Ketua Perkhidmatan Syariah Malaysia, CGS International Securities Malaysia, dan Encik Nik Faiz Bin Nik Abdul Aziz, Ketua Pelaburan Ekuiti, CGS International Securities Malaysia. Sesi ini menjadi platform pelajar untuk membentangkan analisis serta strategi dagangan mereka di hadapan pakar industri.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah Kanan Akademik, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Hilmun Mohamed, Pengarah Bahagian Kurikulum JPPKK, Puan Haslinda Abd Hamid, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah; serta Pn. Mazlianna Mohamad, Director of Social Impact and Investor Empowerment, Bursa Malaysia.
Program PolySTraC 2025 yang berlangsung mulai 19 Ogos hingga 2 Oktober 2025 telah melibatkan penyertaan seramai 100 pelajar daripada 15 politeknik di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 15 peserta terbaik berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua finalis, khususnya kepada para pemenang yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pertandingan ini berlangsung.
Berikut merupakan senarai pemenang mengikut institusi:
Tempat Pertama: Politeknik Seberang Perai
Tempat Kedua : Politeknik Ungku Omar
Tempat Ketiga : Politeknik Ungku Omar
Penganjuran PolySTraC 2025 bukan sahaja memberi pendedahan kepada pelajar mengenai dunia pelaburan dan perdagangan saham sebenar, malah turut mengasah kemahiran analisis, pengurusan risiko dan membuat keputusan dalam suasana pasaran yang dinamik dan patuh syariah Islam. Usaha ini selaras dengan aspirasi JPPKK untuk melahirkan graduan politeknik yang holistik, berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran industri.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis