πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 πˆππ“π„π‹π„πŠ ππŽπ‹π˜π‚π‚ πŸπŸŽπŸπŸ“: πŒπ„πŒπ”ππ”πŠ πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 πˆππ“π„π‹π„πŠ πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ€π‹π€ππ†π€π πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π
Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) serta Politeknik Sultan Idris Shah(PSIS) menganjurkan Karnival Harta Intelek PolyCC 2025 (IP@PolyCC’25) pada 9 hingga 10 September 2025 bertempat di Dewan Seri Lang, PSIS, Sungai Lang, Selangor. Dengan mengetengahkan tema β€œEksplorasi Harta Intelek, Pemacu Kecemerlangan Inovasi”, karnival ini menjadi platform berprestij dalam memperkukuh kesedaran masyarakat, khususnya warga Politeknik dan Kolej Komuniti dan pelajar sekolah mengenai kepentingan harta intelek sebagai aset bernilai tinggi yang wajar dilindungi dan dimanfaatkan sebaiknya.
Antara pengisian utama karnival termasuk Forum Kesedaran Harta Intelek, Bengkel Daftar IP melalui bas bergerak MyIPO, Pameran Inovasi & Kreativiti, Pameran Agensi, serta Pertandingan Inovasi PolyCC yang menerima 97 penyertaan melibatkan pelajar sekolah dan pelajar Politeknik serta Kolej Komuniti.
Majlis perasmian turut menyaksikan penyerahan Surat Hasrat (Letter of Intent, LOI) kepada rakan-rakan industri kolaborasi PSIS dalam usaha memperluas jaringan kerjasama akademia-industri. Karnival ini berlangsung dua hari dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan terbuka kepada semua pelajar, warga institusi serta masyarakat umum. Penganjuran Karnival Harta Intelek PolyCC 2025 menjadi platform strategik bagi memperkukuh budaya inovasi, pemindahan teknologi dan pemeliharaan hak cipta dalam kalangan komuniti pendidikan dan masyarakat.
Majlis perasmian penutupan Karnival IP@PolyCC’25 telah disempurnakan oleh Dr. Shahiza binti Ahmad Zainuddin, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Hadir sama, Puan Haslinda Abd Hamid, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah dan Dr. Kamarul Faizal bin Hashim Timbalan Ketua Pengarah (Komersial) ,Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Tahnih diucapkan kepada semua pemenang !!
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis