
𝐅𝐋𝐀𝐆 𝐎𝐅𝐅 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐔𝐒𝐓𝐀𝐈𝐍𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇
SUNGAI LANG, 12 SEPTEMBER 2025- Seramai 5 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar (DAS), Jabatan kejuruteraan Awam bersama 8 orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam akan menyertai Student Exchange Programme 2025: Sustainable Global Outreach Politeknik Sultan Idris Shah, Malaysia dan Universitas Tunas Pembangunan Surakarta, Indonesia.
Program ini telah bermula dengan sesi Webinar secara hybrid pada 9/9/2025-11/9/2025 diikuti dengan kunjungan delegasi ke Universitas Tunas Pembangunan Surakarta, Indonesia pada 17/9/2025-21/9/2025.
Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid dan
Beliau turut menyampaikan amanat kepada para peserta.
Program ini bukan sahaja membuka peluang pertukaran ilmu dan idea antara pelajar kedua-dua institusi, malah memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama akademik antarabangsa dalam bidang kejuruteraan.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis