𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝟐 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐎𝐊𝐄𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄 𝟏𝟗
Telah berlangsung sidang 2 Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah kali-19 bertempat di Dewan Seri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah. Seramai 544 graduan dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah menerima Diploma masing- masing.
Sidang 2 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Abdul Jalil bin Abdul Karim, Pengerusi Eksekutif, YLI holdings Berhad.
Majlis hari ini juga telah merakamkan penyampaian anugerah kepada graduan yang cemerlang sepanjang pengajian mereka. Antaranya, Anugerah Pengarah, Anugerah Akhlak Terpuji kategori perempuan dan lelaki, Anugerah Khas Industri, Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum dan Anugerah Projek Terbaik.
Anugerah pengarah di anugerahkan kepada Muhammad Aidil bin Suherman, Diploma Teknologi Malumat (Teknologi Digital) menerima sumbangan wang tunai berbentuk mock cheque sebanyak RM 1000, plak kristal, jambangan bungan dan sijil.
Majlis diserikan dengan sesi penganugerahan Anugerah Akhlak Terpuji kategori perempuan dan lelaki. Bagi ketegori perempuan dianugerahkan kepada Miraanjali Nambiar a/p Probagaran Nambiar, Diploma Alam Sekitar. Manakala bagi kategori lelaki pula dianugerahkan kepada Mohamad Ilham Haiqal bin Kasjo, Diploma Kejuruteraan Elektronik Komputer. Masing-masing menerima sumbangan wang tunai berbentuk mock cheque sebanyak RM 1000, plak kristal, jambangan bunga dan sijil
Majlis diteruskan dengan sesi penganugerahan Anugerah Khas Industri yang dianugerahkan kepada Muhammad Najmuddin bin Mohamad Basri, Diploma Alam Sekitar menerima sumbangan wang tunai berbentuk mock cheque sebanyak RM 1000, plak kristal, jambangan bungan dan sijil.
Pengarah serta Ahli Pengurusan PSIS mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah kali Ke-19.
Tahniah para Graduan!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis