Β 
ππππππ π ππππππ πππππππππππ ππππππππππ ππππππ πππππ ππππ ππππ ππ-ππ
Seramai 475 graduan dari Jabatan Perlancongan dan Hospitaliti dan Jabatan Perdagangan telah menerima Diploma masing-masing. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Datoβ Dr. Rozali bin Ismail, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Berhad merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri PSIS.
Pada Majlis Konvokesyen tersebut, terdapat beberapa anugerah telah disampaikan antaranya Anugerah Khas Tan Sri Rozali, Anugerah Khas Kepimpinan, Anugerah Khas Industri dan Anugerah Kecemerlangan Akademik & Ko β Kurikulum.
Anugerah Khas Tan Sri Rozali, telah dianugerahkan kepada Muhamad Alif Nazmi bin Azamzuri, Diploma Perkhidmatan Amalan Makanan Halal menerima sumbangan wang tunai berbentuk mock cheque sebanyak RM3000, plak kristal, piala pusingan, jambangan bunga dan sijil.
Anugerah Kepimpinan dianugerahkan kepada graduan Nur Nabila Insyirah binti Romi Iswandi, Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Anugerah Industri dianugerahkan kepada Siti Muslihah binti Ramli, Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital), dengan masing-masing menerima sejumlah wang tunai berbentuk mock cheque sebanyak RM2000, plak kristal, jambangan bunga dan sijil.Kesemua anugerah ini adalah sumbangan daripada Puncak Niaga Holdings Berhad.
Dalam majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian Anugerah Pengarah kepada Muhammad Zul Khairi bin Mahadir yang disampaikan oleh Pengarah PSIS, Puan Haslinda binti Abd Hamid.
Majlis tersebut turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Tokoh Industri Politeknik Sultan Idris Shah kepada Tan Sri Rozali Ismail atas jasa dan sumbangan beliau yang besar dalam bidang pendidikan TVET, khususnya kepada Politeknik Sultan Idris Shah.
Seterusnya, buat julung-julung kalinya PSIS mengadakan penganugerahan "Anungerah Staff Sokongan Terbaik kategori lelaki dan wanita" yang telah sampaikan oleh Tan Sri Rozali Ismail di dewan Bankuet.
Turut hadir pada sidang konvokesyen ini adalah YM Tengku Besaruddin Shah bin Tengku Yaakob, Pengarah Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Puan Haslinda Abd Hamid , Pengarah PSIS, dan Haji Zainuddin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik,
Tahniah dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua graduan.
THE GREAT PSIS!!!
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis