
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐄𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝐑𝐎𝐏𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐒𝐄 𝐋𝐄𝐕𝐄𝐋 𝟏
SUNGAI LANG, 17 OGOS 2025 - Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti julung kalinya telah menganjurkan Malaysia Challenge Rope Course (MCRC Level 1) bagi kursus DTO20134 Terrestrial Recreational Tourism yang berlangsung pada 14 – 17 Ogos 2025. Kursus ini telah disertai seramai 77 orang pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan Semester 2 (JPH) dengan bimbingan 10 jurulatih profesional dari Bumi Indah Recreo.







Melalui kursus ini, peserta bukan sahaja memperoleh kemahiran teknikal dalam aktiviti tali tinggi, malah diterapkan dengan nilai kerjasama, disiplin, keyakinan diri, serta pengurusan risiko yang penting untuk melahirkan pelajar yang berkualiti, berdaya saing dan kompeten.
Syabas dan Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti kursus ini dengan penuh semangat! 
Terima kasih JPH telah melahirkan pelajar berkompetensi selaras dengan keperluan industri pelancongan.


THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis