
𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌𝐀
SHAH ALAM, 14 OGOS 2025 - Seramai tujuh pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) turut serta dalam Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) Bersama Siswa Peringkat Politeknik anjuran Petubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) yang berlangsung di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam.
Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti interaktif seperti bengkel Mobile Journalism, Semakan Fakta dan Kempen Internet Selamat. Melalui pendekatan menyeluruh ini, semua siswa dan siswi bukan sahaja mendapat ilmu berkaitan kewartawanan dan literasi digital, tetapi juga menjadi ejen perubahan serta menanam nilai-nilai positif dalam komuniti kampus masing-masing.
Hadir sama, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Mazlan Abd Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin,Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarang Bernama merangkap Pengarah Projek Hawana 2025 Arul Rajoo Durar Raj dan Pengarah PSA Zainah Rujihan serta Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid. Dalam majlis yang sama, PSIS turut menerima sumbangan sebuah unit televisyen pintar daripada Kementerian Komunikasi.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis