


𝐅𝐎𝐎𝐃𝐁𝐀𝐍𝐊@𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇
Foodbank@PSIS terus beroperasi sebagai usaha berterusan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bagi memastikan para pelajar tidak berlapar ke kelas. Foodbank@PSIS merupakan inisiatif PSIS dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Selangor bagi membantu para pelajar yang berada di kampus PSIS.
PSIS sentiasa cakna dan prihatin terhadap nasib pelajar yang memerlukan bantuan bekalan makanan bagi memastikan mereka dapat meneruskan pengajian di bumi bertuah ini.
Pihak Pengurusan PSIS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga inisiatif ini terus membantu pelajar PSIS yang memerlukan.
WAKTU OPERASI:
Isnin - Jumaat (10.00pg - 3.00ptg)
Bilik Foodbank@PSIS (BK 1.11)
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis