
ππππ ππππ ππππ πππππ ππππππππ πππππππ ππππππππ ππππππ πππππππ πππππ πππ ππππππππ ππππππππ ππππππππ ππππππππ ππππ πππππππ πππππππππ πππππππ πππππππππ πππππππππππ πππππππππππ ππππ ππππππ ππππ (ππππππππ) ππππ ππ/ππππ
Kuala Lumpur, 08 Julai 2025 -Telah berlangsung satu sesi temu bual eksklusif yang melibatkan Brigedier Jeneral Sani bin S Omar, Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, Markas Tentera Darat, bersama Encik Mohamad Azrin bin Ramli, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), yang bersiaran secara langsung di BernamaTV.
Temu bual ini diadakan bersempena penganjuran βMalaysian Polytechnic Territorial Army Annual Campβ (MALPTAAC) Siri 16/2025, bertempat di Wisma Bernama, Kuala Lumpur.Sesi ini bertujuan menerangkan objektif penganjuran MALPTAAC sebagai platform strategik dalam membentuk jati diri, kepimpinan, dan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar Politeknik Malaysia yang terlibat sebagai anggota Pasukan Simpanan Sukarela Askar Wataniah.
Melalui slot tersebut ini juga, kedua-dua panel turut berkongsi maklumat mengenai kerjasama antara kerjasama antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Rejimen Askar Wataniah dalam membina generasi muda yang lebih berdisiplin, berdaya tahan dan bersedia menyumbang kepada negara dalam apa jua keadaan. MALPTAAC dilihat bukan sahaja sebagai satu latihan ketenteraan, malah turut menyemai semangat setia negara dan pengukuhan sahsiah dalam kalangan pelajar.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Bernama TV kerana telah memberi peluang kepada PSIS keudara hari ini bagi mempromosi program MALPTAAC Siri 16/2025.
Hadir sama, Cik Nurul Aqmar Hassan, Pengarah Program MALPTAAC Siri 16/2025, Puan Aziah Thalaha, Setiausaha MALPTAAC dan Encik Fairul Nazrul Khairuddin, Pegawai Perhubungan Awam, PSIS.
THE GREAT PSIS!!!
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis