𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓
Sungai Besar, 5 Julai 2025 - Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) hari ini turut serta memeriahkan Karnival Alam Sekitar Daerah Sabak Bernam 2025 yang berlangsung di Tonggak 10, Sungai Besar.
Melalui penyertaan ini, PSIS membuka reruai pameran bagi mempromosi program pengajian alam sekitar yang ditawarkan di PSIS. PSIS merupakan satu-satunya politeknik yang menawarkan Diploma Alam Sekitar di bawah Jabatan Kejuruteraan Awam.
Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid turut bersama-sama di reruai bagi memberikan penerangan kepada pengunjung yang hadir.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Jamaliah Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor. Hadir sama, Tuan Ali Sadikin Sadin, Pegawai Daerah Sabak Bernam.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis