
ππππππππ πππππππ πππππππ ππππππππ πππππππ ππππππππ ππππ πππππππππππ ππππππππ ππππ ππ/ππππ
Kuala Lumpur, 26 Jun 2025 - Satu sesi Taklimat Pelaksanaan Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 16/2025 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pasukan Simpanan, Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan.
Sesi taklimat ini dipengerusikan oleh Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datoβ Mohammad Razeif Bin Che Ahmad. Turut hadir bersama Ketua Pengarah Pasukan Simpanan (KP PS), Brig Jen Sani bin S Omar, Pengarah Rancang & Pembangunan BPS (Pengarah R&P), Kol Burhan bin Sagoni, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Sultan Idris Shah(PSIS), Tuan Hj Zainuddin bin Kasmuri, wakil-wakil Bahagian Pasukan Simpanan(BPS), Jawatankuasa Induk PSIS, Sekretariat Askar Wataniah Politeknik Malaysia (SAWP) dan wakil-wakil rejimen 500.
Taklimat ini bertujuan menyelaras pelaksanaan teknikal dan logistik bagi Program MALPTAAC Siri 16/2025 yang akan berlangsung pada 10 hingga 24 Julai 2025, bertempat di Politeknik Sultan Idris Shah dan Lapang Sasar Bukit Jugra, Banting, Selangor.
Mej Jen Datoβ Mohammad Razeif turut menyampaikan amanat dan penekanan agar aspek kesiapsiagaan, disiplin dan komitmen tinggi dalam kalangan peserta sebagai anggota Pasukan Simpanan. Beliau turut menegaskan kepentingan kerjasama berterusan antara institusi pendidikan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usaha membentuk modal insan yang berdaya tahan, berintegriti dan bersemangat patriotik.
Penyelarasan menyeluruh turut dibincangkan melibatkan aspek keselamatan, pengurusan sumber, koordinasi antara agensi, serta penyediaan logistik bagi memastikan kelancaran program. Komitmen dan sokongan padu daripada semua pihak amatlah dihargai dalam menjayakan program tahunan berskala besar ini demi memperkukuh semangat pertahanan menyeluruh dalam kalangan pelajar Politeknik Malaysia.
THE GREAT PSIS!!!
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis