
𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐀𝐏𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟒
Bangi, 23 Jun 2025 – Tahniah diucapkan kepada 28 orang staf Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024. Majlis APC 2024 Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah disempurnakan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Kajang, Selangor.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Haslinda binti Abd Hamid, Pengarah PSIS, yang turut hadir bagi meraikan para penerima APC 2024. Pengiktirafan ini adalah hasil dedikasi, iltizam, dan komitmen berterusan dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang. Syabas diucapkan semua! Semoga pengiktirafan ini menyuntik semangat baharu kepada kita semua untuk terus melangkah dengan lebih cemerlang dan berdaya saing.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis