𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝟏𝟖𝐓𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐅𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐎𝐁𝐎𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐂𝐔𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟓
Merlimau, 21 Jun 2025 - Majlis pembukaan 18th FIRA Roboworld Cup anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau (PMM), Melaka.
Pada edisi kali ini PMM telah dipilih sebagai tuan rumah penganjuran 18th FIRA Roboworld Cup. Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), JPPKK.
Kejohanan ini bermula pada 21 sehingga 26 Jun 2025 dan menerima penyertaan seramai 1,613 peserta daripada 439 pasukan melibatkan penyertaan daripada 124 institusi seluruh negara meliputi 64 politeknik dan kolej komuniti (POLYCC), 12 Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Awam dan Swasta serta 48 penyertaan daripada pihak sekolah.
Sebanyak sembilan (9) kategori dipertandingkan, antaranya 𝘚𝘪𝘮𝘶𝘳𝘰𝘴𝘰𝘵, 𝘈𝘪𝘉𝘰𝘵, 𝘏𝘶𝘳𝘰𝘊𝘶𝘱, 𝘔𝘺𝘉𝘰𝘵 𝘠𝘰𝘶𝘵𝘩, 𝘙𝘰𝘣𝘰𝘴𝘰𝘵, 𝘈𝘯𝘥𝘳𝘰𝘴𝘰𝘵, 𝘈𝘪𝘳 𝘋𝘳𝘰𝘯𝘦, 𝘉𝘶𝘴𝘪𝘯𝘦𝘴𝘴 & 𝘐𝘯𝘯𝘰𝘷𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 dan 𝘈𝘶𝘵𝘰𝘯𝘰𝘮𝘰𝘶𝘴 𝘊𝘢𝘳 𝘊𝘩𝘢𝘭𝘭𝘦𝘯𝘨𝘦 selain 25 sub kategori dan lima kategori sisipan.
Juara bagi setiap kategori bakal diberi penghormatan untuk menggalas cabaran negara di pentas FIRA Roboworld Cup 2026 di Kanada kelak. Kejohanan kali ini turut mendapat penyertaan daripada luar negara seperti Indonesia, Korea, China, Bangladesh, India dan Sudan, ianya sekaligus mencerminkan komitmen Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan JPPKK dalam memperkukuh jaringan kolaborasi global khususnya dalam bidang robotik.
Dalam majlis tersebut turut menyaksikan gimik penyerahan piala pusingan FIRA Roboworld Cup yang telah dimenangi oleh Pasukan PSIS Roboteam pada tahun lepas. Piala pusingan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Puan Haslinda Abd Hamid kepada Pengarah PMM, LT KOL Norizam Sekak.
Marilah sama-sama kita doakan kejayaan buat pasukan PSIS Roboteam.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis