
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐈𝐂 𝐓𝐄𝐑𝐑𝐈𝐓𝐎𝐑𝐈𝐀𝐋 𝐀𝐑𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐍𝐔𝐀𝐋 𝐂𝐀𝐌𝐏 (𝐌𝐀𝐋𝐏𝐓𝐀𝐀𝐂) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌
Sabak, 13 Jun 2025 – Mesyuarat Penyelarasan Program Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 16/2025 telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam (PDTSB). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam, Tuan Ali Sadikin Sadin.
Turut hadir, YDH Tuan Dr. Haji Paridul Adras Ismail, Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Sabak Bernam, Puan Haslinda Abd Hamid, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah ( PSIS) Timbalan- Timbalan Pengarah PSIS, agensi -agensi kerajaan, dan wakil Sekretriat Askar Wataniah Politeknik (SAWP) serta Jawatankuasa MALPTAAC 16/2025.
Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan pelaksanaan dan penyelarasan aspek logistik dan keselamatan sepanjang program ini berlangsung.
PSIS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh pihak PDTSB dan agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program yang bakal dilaksanakan pada bulan hadapan.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis