
𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 (𝐀𝐏𝐊) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
Putrajaya, 12 Jun 2025- Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Puan Haslinda Abd Hamid telah hadir ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Putrjaya bagi menghadiri ke pembentangan Anugerah Penggerak Kepenggunaan (APK) Tahun 2024.
Gerakan Pengguna Siswa (GPS) PSIS merupakan top 3 bagi kategori Gerakan Pengguna Siswa (GPS) bagi Anugerah Penggerak Kepenggunaan (APK) Tahun 2024. Anugerah Penggerak Kepenggunaan (APK) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Gerakan Kepenggunaan (BGK) sebagai satu bentuk pengiktirafan kepada individu dan organisasi/ entiti yang telah bergiat aktif dan memberikan sumbangan yang positif kepada masyarakat berhubung hal ehwal pengguna.
APK2024 akan dilaksana sempena sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2025 di mana pencalonan yang dikemukakan oleh pejabat KPDN Negeri bagi pencapaian sepanjang tahun 2024 yang melibatkan empat (4) kategori yang dipertandingkan iaitu Gerakan Pengguna Negeri (GPN), Gerakan Pengguna Daerah (GPD), Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dan Kelab Pengguna Sekolah (KPS).
Selamat Maju Jaya diucapkan kepada GPS PSIS!!
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis