
𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐔𝐋𝐓𝐔𝐑𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐌𝐌𝐔𝐍𝐈𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐈𝐂𝐂𝐂𝐌)
Sabak Bernam, 10 Jun 2025 – Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi "International Cultural Communication Center Malaysia" (ICCCM) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak yang berlangsung di Bilik Seri Tanjung, PSIS.
Kunjungan ini bertujuan untuk menjalin hubungan dua hala dalam bidang pembangunan pelajar,perkongsian kepakaran, serta peluang latihan dan program antarabangsa yang berimpak tinggi.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Akademik, Tuan Haji Zainuddin Kasmuri, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Mohamad Azrin Ramli, Ketua Unit Corporat, Industrial Services and Employability Center (CISEC), Cik Noorarizawaty Aris, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit dan kakitangan CISEC.
Semoga kunjungan ini dapat memberikan manfaat kedua-dua pihak.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis