
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐎𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐈𝐂 𝐓𝐄𝐑𝐑𝐓𝐎𝐑𝐈𝐀𝐋 𝐀𝐑𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐍𝐔𝐀𝐋 𝐂𝐀𝐌𝐏 (𝐌𝐀𝐋𝐏𝐓𝐀𝐀𝐂) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟓
Mesyuarat Koordinasi Kali Kedua Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 16/2025 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Seri Tanjung, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh En Mohamad Azrin bin Ramli, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,PSIS dan Kol Burhan bin Sagoni, Pengarah Rancang & Pembangunan, Bahagian Pasukan Simpanan, Markas Tentera Darat (MK TD - BPS) turut dihadiri oleh En Khazaren bin Kusaini, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Banting Selangor (PBS), pegawai-pegawai PBS dan Sekretariat Askar Wataniah PolyCC Malaysia (SAWP), wakil Rejimen Siri 500 penganjur serta ketua-ketua Jawatankuasa Kerja MALPTAAC Siri 16/2025.
Objektif utama mesyuarat ini adalah bertujuan mengkoordinasikan perkara latihan dan pentadbiran bagi pelaksanaan latihan MALPTAAC Siri 16/2025 yang akan dilaksanakan selama 15 hari bertempat di PSIS dan PBS. Selain itu, mesyuarat juga mendapatkan input daripada Rejimen Siri 500 yang akan menganjurkan komponen-komponen acara sepanjang latihan ini akan dilaksanakan kelak. Perbincangan juga diadakan bagi tujuan penyelarasan penugasan dan aktiviti di kedua-dua lokasi dengan bantuan dan nasihat SAWP selaku pemudahcara dan penghubung antara ketiga-tiga Jawatankuasa Kerja PSIS, PBS dan MK TD - BPS. Pengarah R&P MK TD - BPS menyatakan keyakinan kepada semua Jawatankuasa Kerja yang akan menjayakan program ini dan memberikan komitmen untuk membantu di peringkat BPS dalam melancarkan pelaksanaan latihan ini.
Majlis simbolik penyerahan piala pusingan dan bendera latihan juga telah diadakan dimana Politeknik Ungku Omar (PUO) telah menyerahkan secara rasmi piala pusingan MALPTAAC manakala PBS menyerahkan bendera latihan kepada pihak PSIS disaksikan oleh Pengarah R&P MK TD - BPS. Pada sebelah petang, perbincangan lanjutan berkenaan perkara tadbir melibatkan PSIS, PBS dan SAWP telah diteruskan dengan dipengerusikan oleh Hj. Zainudin bin Kasmuri, TPA PSIS. Mesyuarat teknikal akan dijalankan dalam masa terdekat bagi tujuan memperincikan perkara teknikal pertandingan selain fokus latihan medan kelak. PSIS amat berbesar hati dengan kehadiran semua ahli mesyuarat dan terus komited dalam menjayakan program berimpak tinggi yang melibatkan JPPKK dan Markas Tentera Darat ini.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis