
ππππππ πππππππππ πππππππ ππππππ π πππ @ ππππ ππππ
Langkawi, 19 Mei 2025 - Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, Puan Haslinda Abd Hamid bersama delegasi turut hadir ke Majlis perasmian Program POLYCC x MAH @ LIMA 2025 anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Malaysian Association of Hotels (MAH) sempena penganjuran Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2025 (LIMAβ25) telah diadakan di Aloft Langkawi Pantai Tengah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan turut dihadiri oleh Datuk Mohamad Azhan bin Md. Amir Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dato' Dr. Hj. Mohd Zahari bin Ismail, Datin Christina Toh dan Presiden Malaysian Association of Hotels, Datoβ Megat Sharul Azman Abas Setiausaha Agong Kehormat Malaysian Association of Hotels merangkap Ahli Majlis Penasihat Industri Politeknik.
Program POLYCC x MAH @ LIMA 2025 melibatkan 3 sub-program iaitu βIndustry Expert Enrichment Programβ (IEEP), βExecutive Lecturer Industrial TVET Empowermentβ (ELITE) dan βHospitality Inclusive Programmeβ (HIP) @ Marriott International Langkawi. Dua orang pensyarah dan seorang pelajar dari PSIS telah menyertai (IEEP) yang memberi peluang kepada peserta untuk menjalani pembelajaran berasaskan pengalaman serta berinteraksi secara proaktif dengan dunia sebenar. Melalui program ini, mereka terlibat secara langsung dalam proses bekerja di hotel dan industri sekitar Pulau Langkawi yang terlibat dengan LIMAβ25.
THE GREAT PSIS!!!
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis