𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ πŽππ”π€ ππ€π†πˆ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ€π‹ππ“π€π€π‚ πŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ“
SABAK BERNAM , 15 Mei 2025 - Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) selaku penganjur program Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 16/2025 telah mengadakan lawatan tapak cadangan persediaan β€œOperations in Built-Up Areas” (OBUA). Turut hadir bersama Tuan Mohamad Marwan bin Ahmad Tajuri,Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam(PDTSB), Abdul Rahman bin Abdul Rahim, Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Khidmat Pengurusan(PDTSB), Faridzul Adzli bin Mad Adim, Penolong Pegawai Tadbir, Bhg Khidmat Pengurusan(PDTSB) dan wakil Rej 502 Kpl Muhamad Zarif bin Mohd Fuaad.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menilai kesesuaian lokasi yang dicadangkan bagi melaksanakan aktiviti OBUAdalam Program MALPTAAC 16/2025. Penilaian memberi tumpuan kepada aspek keselamatan, infrastruktur, kebolehaksesan, dan kesesuaian suasana persekitaran dengan objektif latihan. Dari hasil pemerhatian, tapak mempunyai struktur bangunan yang sesuai untuk latihan kawasan terbina. Terdapat akses keluar-masuk yang mencukupi bagi peserta serta kenderaan sokongan dan kemudahan asas seperti tandas dan ruang berkumpul.
Secara keseluruhannya, tapak yang dicadangkan memenuhi keperluan asas bagi melaksanakan aktiviti latihan OBUA bagi Program MALPTAAC 16/2025. Beberapa aspek perlu diberi perhatian sebelum pelaksanaan agar aktiviti berjalan dengan lancar, selamat, dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis