𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐈𝐖𝐀𝐍
12 Mei 2025 - Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) terus memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dalam usaha membangunkan pelajar TVET secara holistik. Wakil dari Career and Industrial Services and Employability Centre (CISEC) PSIS telah berpeluang menyertai dua sesi perbincangan strategik bersama Malaysian Friendship and Trade Centre (MFTC) dan Taiwan Halal Integrity Development Association (THIDA) di Taipei.
Kedua-dua pertemuan ini berlangsung sempena penyertaan PSIS dalam International Conference on Halal Ecosystem and Industrialisation (ICoHEI 2025) Taiwan yang diadakan pada 9 Mei 2025. Penyertaan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang pendidikan dan industri halal, malah membuka peluang kolaborasi lebih luas dalam aspek pembangunan kemahiran, latihan industri, dan mobiliti pelajar di peringkat antarabangsa.
Antara topik yang dibincangkan adalah ::
1. Program mobiliti jangka pendek dan aktiviti akademik bersama.
2. Peluang latihan industri di syarikat Taiwan untuk pelajar PSIS.
3. Kerjasama penyelidikan dan inovasi, khususnya dalam bidang TVET, pembangunan pelajar dan integrasi Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
4. Pembangunan bakat melalui latihan dalam industri hospitaliti, pelancongan dan makanan halal di Taiwan.
5. Inisiatif pensijilan dan inovasi halal, bertujuan menyediakan pelajar PSIS sebagai profesional halal yang berdaya saing dan berwibawa di peringkat antarabangsa.
Kesemua usaha ini selaras dengan aspirasi PSIS untuk melahirkan graduan TVET yang kompeten dalam konteks global dan berintegriti tinggi sebagai pemimpin masa hadapan.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis