𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐈𝐂 𝐓𝐄𝐑𝐑𝐈𝐓𝐎𝐑𝐈𝐀𝐋 𝐀𝐑𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐍𝐔𝐀𝐋 𝐂𝐀𝐌𝐏 ( 𝐌𝐀𝐋𝐏𝐓𝐀𝐀𝐂 ) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐊𝐑𝐄𝐓𝐑𝐈𝐀𝐓 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 (𝐒𝐀𝐖𝐏)
SABAK BERNAM, 29 & 30 April 2025 - Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah melaksanakan bengkel penyelarasan program Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp ( MALPTAAC ) Siri 16/2025 di antara jawatankuasa pelaksana PSIS bersama pegawai-pegawai Sekretriat Askar Wataniah Politeknik (SAWP) yang diketuai oleh Lt Kol Khairuddin bin Ishak. Hadir bersama dalam bengkel ini adalah ketua-ketua jawatankuasa kerja peringkat PSIS bersama pegawai-pegawai sukarela Askar Wataniah yang mewakili SAWP.
Bengkel ini bertujuan menyelaraskan pelaksanaan program MALPTAAC Siri 16/2025 secara holistik antara semua jawatankuasa pelaksana PSIS yang terlibat serta mengenalpasti peranan, tanggungjawab dan meningkatkan kefahaman setiap pihak yang terlibat dalam penganjuran program agar pelaksanaan aktiviti sejajar objektif program. Pihak SAWP turut membincangkan sebarang isu, cabaran dan cadangan penambahbaikan berdasarkan pengalaman program MALPTAAC terdahulu.
Pemurnian gerak kerja dan perancangan pelaksanaan program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Bilik Seri Tanjung, PSIS. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Hj. Zainuddin bin Kasmuri ,Timbalan Pengarah Akademik, PSIS dan ditangguhkan secara rasmi oleh Puan Haslinda binti Abd Hamid,Pengarah PSIS
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis