
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐎𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐏𝐓𝐀𝐀𝐂 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟓
KUALA LUMPUR, 22 April 2025 - Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) selaku penganjur bersama Malaysian PolyCC Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 16/2025 telah menghadiri Mesyuarat Koordinasi Ketiga MALPTAAC Siri 16/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Bahagian Pasukan Simpanan, Markas Tentera Darat (MK TD - BPS) hari ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Kol Burhan bin Sagoni, Pengarah Rancang & Pembangunan, BPS bersama-sama wakil-wakil rejimen dan wakil Sekretariat Askar Wataniah PolyCC Malaysia (SAWP).
Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan konsep latihan dan agihan penugasan antara pasukan, PSIS dan juga SAWP bagi menjayakan latihan tahunan ini. Selain itu, beberapa perkara tadbir juga dibincangkan bersama sebelum pelaksanaan tinjauan kawasan latihan kelak. PSIS selaku pengajur utama program ini amat berbesar hati dan akan sama-sama menjayakan pelaksanaan program kolaborasi berimpak tinggi tinggi ini yang melibatkan JPPKK dan Markas Tentera Darat.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis