
Kejohanan Petanque Double Mix Tertutup PSIS Daerah Sabak Bernam 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 19 April 2025 bertempat di Arena Petanque, Politeknik Sultan Idris Shah. Sebanyak 12 pasukan terdiri dari Persatuan Petanque Sabak Bernam , SMK Seri Bendena, X- Kistarp dan PSIS menyertai kejohanan ini.
Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang Tempat Pertama PPSB 3, Tempat Kedua Pn.Aziah Thalaha & Hj.Mohd Rezza Abdullah dari Politeknik Sultan Idris Shah dan Tempat Ketiga PPSB 2 sekalung penghargaan kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat En.Mohamad Azrin Bin Ramli Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSIS, Pn. Nurul Aqmar Hassan Ketua Jabatan Sukan, Kebudayaan dan Kokurikulum bagi penyampaian hadiah kepada pemenang dan cenderahati.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
“Semangat bersaing, ukhuwah terjalin!”
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis