πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐆𝐑𝐄𝐄𝐍 π‚π€πŒππ”π’ ππŽπ‹π˜π‚π‚ π™πŽπ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ 𝐃𝐀𝐍 π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ ππ„π‘π’π„πŠπ„π“π”π€π πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dengan kerjasama PolyCC Zon Selangor & Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Majlis Perasmian Penutupan Program Green Campus PolyCC Zon Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan tema β€œSustain The Future: Go Green, Live Clean”. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam, Tuan Ali Sadikin bin Sadin di Dewan Seri Lang, PSIS.
Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sokongan serta kehadiran yang amat baik daripada seluruh warga PSIS serta pihak luar. Sokongan ini telah menyuntik semangat dan motivasi kepada semua pihak untuk terus berusaha memartabatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta memperkukuh agenda kelestarian alam sekitar.
Program Green Campus PSIS 2025 merupakan sebuah platform yang amat berharga bagi warga institusi untuk mengekspresikan ideologi dan kreativiti dalam kerangka pemikiran berkonsepkan hijau. Pelbagai aktiviti berteraskan TVET telah berjaya dilaksanakan sepanjang program ini yang melibatkan peserta dari pelajar sekolah menengah sekitar Daerah Sabak Bernam. Aktiviti-aktiviti tersebut bukan sahaja memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar dan staf PSIS, malah turut memberikan impak positif yang signifikan kepada komuniti setempat.
Penganjuran program ini juga selari dengan aspirasi global melalui Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDG), khususnya dalam memupuk budaya kelestarian dalam kalangan warga institusi pendidikan tinggi. PSIS terus komited untuk menjadi peneraju dalam inisiatif hijau demi memastikan kelangsungan masa depan yang lebih lestari dan sejahtera.
Hadir sama Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid, Timbalan Pengarah Akademik, Tuan Haji Zainuddin Kasmuri, dan Pengarah-Pengarah PolyCC Zon Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta agensi-agensi kerajaan Daerah Sabak Bernam.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja Program Green Campus POLYCC 2025 peringkat Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di atas kejayaan menganjurkan program ini.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis