Β 
ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’πˆππ„π‘π†πˆ 𝐓𝐕𝐄𝐓 ππŽπ‹π˜π‚π‚ π’π€ππ€πŠ ππ„π‘ππ€πŒ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π’π€ππ€πŠ
Telan berlangsung program Sinergi TVET PolyCc Sabak Bernam anjuran Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam (PDTSB) yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Sabak, PSIS.
Program yang julung kali diadakan ini melibatkan ketua-ketua kampung,Penghulu Mukim, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) berserta Pengerusi-pengerusi Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) sekitar Daerah Sabak Bernam bagi memberi pendedahan berkaitan peluang pendidikan TVET yang ditawarkan di POLYCC Daerah Sabak sekaligus menjadi medium utama dalam membantu meningkatkan lagi pengambilan pelajar-pelajar tempatan untuk menyambung pengajian di sini.
Program ini juga merupakan inisiatif PSIS, KKSB PDTSB bagi membuka ruang usaha dan gerak kerja yang efisien dalam memperluas perkhidmatan pendidikan di peringkat IPT kepada komuniti tempatan. Turut hadir ialah Tuan Ali Sadikin bin Sadin, Pegawai Daerah Sabak Bernam, Tuan Hj. Paridul Adras bin Ismail, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Sabak, Tuan Haji Zainuddin bin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik PSIS dan Encik Ahmad Arman bin Nor Anuar, Pengarah KKSB.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis