Β 
πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πˆπƒπ‘πˆπ’ 𝐒𝐇𝐀𝐇 πŠπ„ πŒπˆπ‹πƒπ„π… πˆππ“π„π‘ππ€π“πˆπŽππ€π‹ π“π„π‚π‡ππŽπ‹πŽπ†π˜ 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐀𝐒 π‰π€π‘πˆππ†π€π πŠπŽπ‹π€ππŽπ‘π€π’πˆ
SENDAYAN, 13 September 2024- Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) hari ini memperluaskan jaringan kolaborasi dengan mengadakan kunjungan hormat ke Mildef International Tecnologies Sdn Bhd di Sendayan.
Mildef International Tecnologies Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan kenderaan berperisai mobiliti tinggi jenis empat roda (HMAV 4x4) β€˜Tarantula’ dan kenderaan jenis taktikal ringan mobiliti tinggi (HMLTV) β€˜Rentaka’. Kunjungan hormat telah diketuai oleh Puan Haslinda binti Abd Hamid, Pengarah PSIS bersama Tuan Haji Zainuddin bin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik, PSIS.
Kunjungan ini telah disambut oleh Pengarah urusan Mildef, Dato’ Seri Mohd Nizam Kasa. Sewaktu kunjungan ini berlangsung, beberapa perbincangan potensi kolaborasi telah dibincangkan antaranya peluang kerjaya graduan TVET lepasan POLYCC, penempatan latihan industri pelajar, peningkatan kemahiran pensyarah dan perkongsian kepakaran melalui β€˜knowledge’ transfer program. Dalam sesi kunjungan itu juga delegasi turut dibawa ke pusat pembuatan kenderaan kebanggaan negara kita.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis