INFO ALUMNI

Visi

Mewujudkan hubungan berterusan demi kemajuan bersama

Misi

  1. Memastikan semua data diselenggara dengan baik
  2. Memastikan semua program yang dilaksanakan alumni meliputi semua bidang yang ada di politeknik berkenaan dan dipelbagaikan bentuk program.

Objektif

  1. Mengwujudkan pengkalan data maklumat alumni politeknik dan sentiasa dikemaskini
  2. Menyelaras, mengelola dan merancang aktiviti berkaitan alumni
  3. Menjadi pihak yang menasihat Persatuan Alumni
  4. Mengwujudkan Hall of Fame yang terdiri daripada alumni – alumni berjaya

PERSATUAN ALUMNI PSIS

CARTA ORGANISASI PERSATUAN ALUMNI PSIS

PENGURUSAN
PERHUBUNGAN ALUMNI

CARTA ORGANISASI UNIT PENGURUSAN PERHUBUNGAN ALUMNI

**Klik pada gambar untuk muat turun

KALENDAR AKTIVITI

BORANG MAKLUMAT ALUMNI

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan Alumni PSIS dalam usaha mengumpul maklumat terkini alumni PSIS bagi tujuan rekod dan akreditasi. Justeru, satu borang telah dibangunkan secara dalam talian bagi tujuan mengumpul maklumat tersebut melalui pautan berikut:

https://bit.ly/alumniPSIS

Mohon kerjasama kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian bermula tahun 2004 hingga kini untuk mengisi borang tersebut.

Sekian terima kasih

BORANG KETERLIBATAN
ALUMNI PSIS

BORANG KETERLIBATAN ALUMNI PSIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua alumni Politeknik Sultan Idris Shah yang dikasihi,

Sebagai bekas pelajar PSIS, anda adalah sebahagian daripada keluarga besar yang telah membawa nama institusi kita ke peringkat lebih tinggi. Kini, kami mengajak anda untuk bersama-sama memberi kembali kepada alma mater tercinta.

Sumbangan anda, sama ada dalam bentuk kepakaran, masa, idea, atau kewangan, mampu memberi impak besar kepada:

🌟 Pembangunan prasarana dan kemudahan pelajar.

🌟 Program bimbingan kerjaya dan jaringan industri.

🌟 Sokongan dana untuk pelajar kurang berkemampuan.

Semoga sumbangan yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua dan beroleh ganjaran berlipat ganda dari Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal Alamiin. 🤲

Mari kita teruskan legasi kecemerlangan ini dengan memastikan generasi PSIS akan datang dapat menikmati peluang yang lebih baik.

Untuk menyumbang kepada pembangunan PSIS dan membantu pelajar mencapai potensi terbaik mereka,

sila lengkapkan borang dilink dibawah. 

BORANG KETERLIBATAN ALUMNI PSIS

BERSAMA-SAMA, KITA BANGUNKAN MASA DEPAN.

#AlumniPSIS

#BerbaktiKembali